Frag' FlorenceEvidenz. Klar. Anwendbar.
Uhr 7/8Sources Journal Tree
Easy Demo

Lokaler Crossref-Datenbestand · journal-article

Penggunaan Teknologi Digital dalam Kalangan Penternak Patin di Pahang, Malaysia

Nik Muhamad Adnan Mohd Nor, Fatin Umaira Muhamad Azian, Zaimah Ramli, Norsida Man

e-Bangi Journal of social science and humanities · 2026

Vollständiger Abstract

Worum geht es in dieser Arbeit?

Transformasi digital semakin mempengaruhi sektor akuakultur melalui penggunaan teknologi digital seperti aplikasi mudah alih, media sosial, platform komunikasi dan kewangan digital yang membantu penternak patin mengurus operasi dengan lebih berkesan. Penggunaan teknologi digital semakin berkembang, namun pola penggunaannya mengikut fasa ternakan masih kurang dihuraikan secara mendalam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan teknologi digital dalam kalangan penternak patin berdasarkan tiga fasa utama, iaitu pra-ternakan, semasa ternakan dan pasca-ternakan. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan kuantitatif yang melibatkan 301 orang penternak patin yang dipilih melalui kaedah persampelan rawak. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik berstruktur dan dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS, melibatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penggunaan teknologi digital bagi fasa pra-ternakan berada pada tahap sederhana, iaitu seramai 134 orang responden (44.5%). Bagi fasa semasa ternakan dan pasca-ternakan pula, majoriti responden berada pada tahap rendah, masing-masing seramai 137 orang responden (45.5%). Walau bagaimanapun, berdasarkan skor min, fasa pasca-ternakan mencatatkan penggunaan tertinggi (min=3.31), khususnya dalam aspek hubungan dengan pembeli, pemasaran digital dan kewangan. Fasa pra-ternakan pula mencatatkan min 3.25, dengan penggunaan yang lebih tertumpu kepada pencarian benih berkualiti dan maklumat persediaan ternakan. Sebaliknya, fasa semasa ternakan mencatatkan penggunaan paling rendah dengan min 2.86. Dapatan ini memperlihatkan bahawa penternak patin lebih cenderung menggunakan teknologi digital bagi fungsi yang memberikan manfaat praktikal dan ekonomi secara langsung. Implikasi kajian ini mencadangkan agar strategi penggunaan teknologi digital akuakultur dilaksanakan secara berfasa serta disokong oleh aplikasi mesra pengguna, latihan praktikal dan intervensi yang selaras dengan realiti operasi penternak kecil.

Bibliografischer Nachweis

Publikationsdaten

Autor:innen
Nik Muhamad Adnan Mohd Nor, Fatin Umaira Muhamad Azian, Zaimah Ramli, Norsida Man
Quelle
e-Bangi Journal of social science and humanities
Publikation
2026-01-01
Band / Ausgabe
Nicht angegeben
Seiten
Nicht angegeben
ISSN / ISBN
1823-884X
Zitationen
0 laut Crossref
Referenzen
0 hinterlegt

Zitieren

Zitierfähiger Nachweis

Nik Muhamad Adnan Mohd Nor, Fatin Umaira Muhamad Azian, Zaimah Ramli, Norsida Man (2026). Penggunaan Teknologi Digital dalam Kalangan Penternak Patin di Pahang, Malaysia. e-Bangi Journal of social science and humanities. https://doi.org/10.17576/ebangi.2026.2303.18
RIS BibTeX CSL-JSON